Friday, 26 February 2016

Dumpling Soup ( Sup Wantan )..

Hai semua.. Saya ada terbaca satu blog ni... Tertarik pulak dengan entrynya tersebut.. Oleh yang demikian, saya pun copylah entrynya dan postlah di sini.. Harap tuan badan tak marah sebab last post ni saya ada sisipkan linknya..

Memandangkan sekarang ni saya dah menyewa di bilik bujang jadi adat memasak tu amatlah lazim bagi saya.. Bukan nak cakap saya ni suka memasak (adalah jugak minat tu tapi saja pendamkan) tapi saja nak sharekan dengan kawan-kawan supaya ada idea nak masak apa untuk dimakan.. 

Menu kali ni amatlah sesuai untuk kesihatan orang yang telah sakit ataupun bakal sakit ataupun tebgah sihat belaka..

Okay jemputlah membaca..

"okeyyy...hari ni saya cuba tunjukkan bagaimana cara memasak satu resepi kegemaran saya, iaitu Chicken dumpling soup @ sup ayam berpunjut, @ wantan sup berinti ayam.. Masakan kali ni simple je, takde sukatan berapa gram, berapa inci, ikut suka & selera anda, senangkan ?" .

 Mula-mula :  kita perlukan kulit wantan yg halal, diulangi,  kulit waantaan & bukannya kulit popiah @ kulit kayu manis. Boleh didapati di kebanyakkan supermarket - kat bahagian frozzen. & selalunya saya guna yang bulat, but this time segi 4 pula.



Kemudian ; 
kita perlukan daging ayam cincang, saya guna yang ready-made je. Then masukkan sedikit hirisan daun bawang, sedikit halia yang dicincang halus, & sebiji telur. Gaul sebati kesemua bahan tadi, lebih kurang mcm dlm gambar kat bawah ni la kan....



Lepas tu ;
Letakkan sedikit ayam tadi kat tengah-tengah kulit wantan, jangan terlampau banyak, dalam sesudu teh gitu. Then sapu sedikit air di sekeliling hujung kulit wantan tu untuk memudahkan prosespemponjotan @ pencantuman kulit wantan kita tadi. Sesapa yang pernah buat & gulung popia tahu lah apa yg saya maksudkan. Lepas sapu air kat keliling kulit wantan tu, kita lipat dari sisi ke sisi, tak kira la mcm mana, janji kesemua bahagian bercantum & isi ayam yg kat dalam tu x terkeluar.



Jadinya mcm ni ; buat la seberapa banyak yg kamu suka.....



Kemudian; kita buat kuah @ sup nya pula....part ni lagi senang.....takde sukatan air, isi je berapa banyak yg kamu suka ke dalam periuk tu, nyalakan api, masukkan 2 ketul kiub ayam *saya pakai kiub ayam knorr & sedikit garam @ garam secukup rasa la. Masak sampai mendidih.
Lepas tu; bila kuah dah mendidih, masukkan dumpling ayam tadi, masak dengan api sederhana sehingga dumpling nya timbul di permukaan, bila dumpling timbul that's mean dumpling kamu masak la yea..


Hidangkan ketika masih panas, tapi sebelum tu, taburkan sedikit daun bawang, bawang goreng & sedikit serbuk lada sulah....... selamat mencuba........ :))"

Ha itulah serba sedikit yang diceritakan dalam blog tersebut.. Bahan-bahan masakan boleh diubah suai dengan citarasa masing-masing.. Kalau ada minat daging boleh bubuh daging.. Kalau ayam bubuhlah ayam.. Kalau sayur bubuhlah sayur.. Flexible.. Buatlah macam mana pun asalkan masuk perut dan kenyang..

Okay ni adalah blog asalnya.. 

http://purplepink-me.blogspot.my/2012/02/chicken-dumpling-soup.html?m=1

Nanti bolehla singgah.. Macam-macam post ada..

Sekian.