Thursday 3 March 2016

Hamzah bin Abdul Muthalib

Hamzah bin Abdul Muthalib
kisah teladan sahabat nabi

    Sangat panjang perjalanan Hamzah hingga gugur di medan uhud. Tentunya menarik kisah hidup beliau, Pernah mendengar sahabat yang dibunuh dan dimakan hatinya oleh seorang perempuan? Beliaulah Hamzah bin Abdul muthalib sahabat nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam.
       Nama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang sahabat Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Pada tahun tiga hijriah, tepatnya di pertengahan bulan syawal, berkecamuklah perang Uhud, antara kaum muslim yang dipimpin oleh Rasulullah Shalallahu alaihi wa salam dengan kaum kuffar Mekkah. Dalam peperangan menegakkan kalimatulhaq ini, banyak dari kalangan shahabat Nabi Shalallahu alaihi wa salam yang mendapatkan anugerah Syahaadah. Menurut perhitungan ulama sirah, Ibnu Ishaq rahimahullah, tercatat 65 shahabat Rasulullah yang menemui syahid. Peperangan ini dimulai oleh kaum musyrikin Mekkah yang ingin membalas dendam kekalahan mereka atas kaum muslimin di perang Badr yang terjadi pada tahun sebelumnya. Adapun pada perang Uhud ini Allah Ta’ala menakdirkan kekalahan bagi kaum muslimin, setelah sebelumnya kemenangan sudah di depan mata. Hamzah Ikut Hijrah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah memanggilnya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”. Ibnu Atsir berkata dalam kitab ‘Usud al Ghabah”, Dalam perang Uhud, Hamzah berhasil membunuh 31 orang kafir Quraisy, sampai pada suatu saat beliau tergelincir sehingga ia terjatuh kebelakang dan tersingkaplah baju besinya, dan pada saat itu ia langsung ditombak dan dirobek perutnya . lalu hatinya dikeluarkan oleh Hindun kemudian dikunyahnya hati Hamzahtetapi tidak tertelan dan segera dimuntahkannya. Ketika Rasulullah melihat keadaan tubuh sahabatnya Hamzah bin Abdul Muthalib, Beliau sangat marah dan Allah menurunkan firmannya , ”Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (Qs; an Nahl 126).

  Hamzah memiliki fizikal yang kuat. Ia pun terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir, ahli pedang, dan bela diri di seantero Makkah. Hamzah merupakan manusia padang pasir yang lebih suka menyendiri. Ia juga dikenal sebagai seorang pemburu rusa yang tangkas. Pada salah satu kisah perburuan rusa, Hamzah dikejutkan dengan suatu keributan. Ternyata, seekor singa telah memasuki kemahnya. Setelah menurunkan rusa yang baru saja di burunya, ia kemudian menghadapi singa itu seorang diri. Berbekal kemahirannya akhirnya, ia berhasil mengakhiri keganasan binatang buas tersebut. Lalu ia pun menyiat kulit singa tersebut, dan melemparkan kulitnya ke atas pelana kudanya. Orang-orang Makkah melihat kulit singa di pelana kuda Hamzah mafhum dengan keberanian dan kepiawaian Hamzah. Kegagahannya itu, membuat lawan-lawannya merasa gentar meski hanya mendengar namanya.

Tuesday 1 March 2016

Resepi Kek Coklat Kukus Moist Dan Mudah..

Resepi Kek Coklat - Jika kita menyebut coklat, siapa yang tak suka? Ia punya rasa enak dan manis membuat coklat sangat disukai oleh hampir semua orang, adalah tidak terkecuali kanak-kanak. Tidaklah terkejut kalau coklat menjadi bahan tambahan dalam membuat kek, roti, atau gula-gula kegemaran anda. Tak sekedar bahan tambahan, terdapat banyak resepi yang menggunakan bahan-bahan dasar daripada coklat, seperti resepi kek coklat kukus moist dan mudah. Adakah anda pernah membuat ia?

Resepi Kek Coklat Kukus Moist dan Mudah

Jika anda sudah pernah mencuba tapi gagal, atau belum pernah belajar resepi kek coklat kukus moist dan mudah ini, anda berada di tempat yang betul kerana tidak lama lagi saya akan memberitahu anda bagaimana untuk membuat kek coklat yang moist dan mudah. Anda boleh membuat ia bersama-sama dengan anak anda untuk mengisi masa pada hujung minggu kerana resepi ini sangat mudah untuk anda buat dan bahan-bahan ini adalah sangat mudah untuk anda cari. Anda boleh makan kek ini bersama keluarga sambil bersantai di rumah atau dicipta bila ada majlis. Boleh juga cuba resepi kek marble buat meramaikannya.

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan buat kek coklat:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur

Bahan-bahan buat topping kek coklat kukus:
- 300 gm coklat masakan yang sudah dipotong kecil
- 1 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sudu besar butter
- 1/4 cawan air panas 


Cara buat kek coklat kukus:
  1. Masukkan serbuk koko, gula pasir, susu cair, minyak masak, dan susu pekat ke dalam periuk dan masak sampai sebati dengan api sederhana.
  2. Bila dah sebati, sejukkan.
  3. Lepas tu, pukul telur sampai kembang.
  4. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul sampai sebati.
  5. Ayak tepung, bikarbonat dan baking powder bersama, lalu masukkan sedikit demi sedikit, dan kacau sampai sebati selama 5 minit.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ikat dengan beg plastik/kertas foil.
  7. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
  8. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 70 minit dengan api sederhana.
  9. Jangan buka penutup kukus bila belum sampai cukup masa.
  10. Angkat dan sejukkan.
  11. Kek coklat kukus siap dihidangkan.
Cara buat topping kek coklat kukus:
  1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
  2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  3. Padamkan api dan masukkan butter, dan kacau hingga cair.
  4. Curahkan 1/2 dari topping cair yang masih panas hingga menutupi keseluruhan kek.
  5. Biarkan 15 - 30 minit supaya topping meresap ke dalam kek.
  6. Panaskan kembali topping yang lebih tadi dan masukkan air panas.
  7. Kacau hingga sebati dan curahkan lagi ke atas kek.
  8. Bila topping dan kek sudah sejuk, boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  9. Kek coklat kukus yang moist dengan topping siap dihidangkan.
Cukup sekian Resepi Kek Coklat kukus moist dan mudah untuk dibuat yang saya boleh kongsi. Anda boleh membuat resepi ini sebagai satu pengekalan menu keluarga anda di rumah kerana ia amat disukai oleh kanak-kanak.

Referral : http://www.myresepi.net/2015/10/resepi-kek-coklat-kukus.html?m=1

Saturday 27 February 2016

Makanan bajet murah...

Hai kawan-kawan..

Disebabakan ekonomi kita yang tak menentu ni entry kali ni saya akan share lah sikit macam mana nak sediakan atau cari makanan yang murah dan kenyang..

Set makanan yang saya akan tunjukkan ni amatlah sesuai dibuat untuk lunch dan dinner..

Bahan-bahannya adalah..

1) nasi putih + sup + sambal belacan
2) ayam blackpepper aeonbig

Harga bagi menu no 1 tadi adalah RM1.50

Dan harga bagi menu no 2 tadi adalah RM2.00

Total harga makanan kita adalah RM3.50  sahaja..

Pengumuman!!!!

Menu makanan yang saya sediakan tadi adalah pengganti bagi NASI BUJANG.. Saya tahu ramai diantara kita terutamanya students mesti asyik makan nasi bujang je kan.. Okay set menu adi adalah untuk menukar citarasa jemu anda terhadap nasi bujang..

Selamat menjamu selera.. :)