Haha.. Saya sebenarnya terlupa yang saya ni ada blog.. Tapi tak mengapalah.. Setelah sekian lama saya menyepi, sajalah saya nak try update pasal diri sendiri dulu..
Mintak laluan lah ye..
Terima kasih.. Sebenarnya saya ni baru je habis grad hujung tahun lepas bersamaan dengan 27 oktober 2015.. Oleh yang demikian, saya terus menganggur sampailah januari 2016.. Haha.. Biasalah tu lepas grad tak ada kerja..
Mai nak payung sikit gambar grad.. Haha..
Ni lah dia gambar grad nye..
Okay nak dipendekkan cerita, bulan februari 2016 saya cubalah cari kerja jugak daripada membuang masa kat rumah tu.. Sebenarnya bukan tak cari langsung.. Banyak interview yang saya pergi guna result degree tapi tak dapat juga.. Tak mengapalah mungkin rezeki belum sampai.. Jadi saya pun membawa diri ke Penang untuk mencari kerja.. Akhirnya dengan doa dan tawakal serta usaha dapatlah kerja di kilang SCHLUMBERGER berdekatan Autocity di Exit Juru dengan menggunakan result spm sahaja..
Ha inilah dia kilangnya..
Abaikan model tu haha..
Takpe, pelan-pelan kayuh orang cakap.. Sementara nak cari kerja lain tu saya kerja di sinilah buat sementara waktu ni.. Okay itu jela kot buat masa ni..
Lepas ni saya mungkin aktif balik kot blog ni sebab dah sampai moodnya.. Haha okay salam..

