Sunday, 18 January 2015

Persembahan terbaik!!!!! MOJO & CALIPH buskers!!

Inilah yang dikatakan bakat bukan mengenal siapa..serius saudara sekalian, setiap apa yang Allah aturkan kepada kita sangat sangat rapi..janganlah kita terlalu kecewa dan putus asa sekiranya mendapat ujian daripada yang maha esa..

Saya telah dapat beberapa pengajaran daripada mereka ini..walaupun mereka telah diberi ujian oleh Allah dengan menghilangkan pancaindera penglihatan mereka..mereka tetap tabah dan meneruskan perjuangan mereka untuk mencari rezeki..jangan yang lemah dianggap lemah kerana yang lemah boleh menguatkan yang kuat dan yang kuat bantulah yang lemah..

Allah sedang menjaga mereka ini dengan menutup segala penglihatan mereka supaya mereka tidak dapat melihat kelalaian dunia..

Wahai saudara dan saudari..tabahlah dengan ujian yang Allah beri dan berdoalah kepadanya..