Betulkah persepsi yang mengatakan hampir kebanyakan teknik anda memikat
wanita bergantung kepada teknik komunikasi yang hebat . Betul ke,yang
sebenarnya ada lagi teknik lain yang lebih berkesan iaitu melalui bahasa
badan. Gerakan bahasa badan mampu menyatakan banyak perihal diri anda
kepada wanita yang anda minati. Berikut 5 tips bagaimana menarik
perhatian wanita khususnya melalui bahasa gerak badan.
Bertenang
Tonjolkan keyakinan anda mendekati wanita dengan bersahaja dan
berani. Wanita amnya,menyukai lelaki yang berkeyakinan dan kelihatan
bersahaja. Bagaimana kelihatan bersahaja;
- Jangan melilaukan mata anda mencari seseorang
- Posisikan diri dengan selesa ketika bercakap dengan wanita
- Bernafas melalui perut dan bukan dada
- Tumpukan mata anda secara berhadapan dengannya
Cara Berjalan
Bila anda berjalan,ia penting untuk menunjukkan gerakan yang hebat.
Jika anda berjalan dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan menyeluk ke
poket seluar,ia menunjukkan anda tidak boleh didekati mana-mana wanita.
Luruskan belakang badan anda dan berjalan dengan tinggikan sedikit dagu
anda,kemaskan dada dan longgarkan bahu ke belakang sedikit. Wanita suka
lelaki yang kelihatan yakin dan lihat bagaimana artis berjalan,betapa
kemas dan bagaimana sambutannya.
Pertuturan
Percakapan mungkin dikategori sebagai teknik komunikasi,tapi ia juga
sebahagian daripada bahasa gerak geri badan. Bercakap dengan laju
khususnya,apa yang meraka cuba sampaikan mungkin disalah dengar. Mungkin
juga meraka yang suka bercakap laju ada masalah dengan perasaan malu.
Bercakap secara perlahan menunjukkan anda mempunyai kekuatan untuk
mengawal setiap kata-kata anda.
Melalui tips yang singkat ini,saya berharap anda bertemu jodoh dengan
si dia,walaupun bukan mudah mengekalkannya. Tapi jodoh itu takdir
tuhan.